Penjagaan Busur Tradisional

Memanah tradisional telah menjadi satu aktiviti yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Dari Perlis ke Johor, tak terlupa juga Sabah dan Sarawak. Tidak lupa juga pada saudara-saudara kita di Indonesia dan Singapura, Kumpulan-kumpulan pemanah tradisional telah lahir seperti cendawan selepas hujan lebat.

Perkembangan yang baik ini telah melahirkan ramai pemanah baru, yang mungkin kurang pendedahan tentang penjagaan busur dan peralatan memanah secara amnya. Kami sebagai kedai memanah seringkali melihat pamanah-pemanah baru memasang busur dengan tidak selamat dan boleh mendatang kerosakan pada peralatan mahupun pemanah itu sendiri.

“Dry Fire Busur”

“Dry Fire” adalah apabila kita menarik busur dan melepaskannya tanpa anak panah. Perkara ini sangat sensitif bagi pemanah dan sangat peka kepada bunyi yang di hasilkan oleh “dry fire”. Ini perkara yang boleh memendekkan jangka hayat busur anda dengan cepat dan juga membahayakan anda.

_DSC0059
Drawing a bow without an arrow and releasing it is a BIG NO NO!!

Tenaga yang sepatutnya dihantar melalui anak panah, di pantul semula ke arah “limb”, dan mematahkan “limb” busur anda. Ini perkara yang paling pantang jika menggunakan busur orang lain.

Pemasangan tali busur

Dari pangalaman kami, kami telah sedar yang cara pemasangan tali yang tidak sesuai adalah punca kepada lebih kurang 8/10 dari semua busur yang rosak, tidak kira patah, “de-laminated” atau pon “twisting”. Ketiga-tiga ini pada pendapat kami puncanya adalah kesilapan sewaktu pemasangan tali busur.

Cara Memasang Tali Busur

Kaedah yang paling digunakan di Malaysia untuk memasang tali adalah kaedah “Step-Through”. Di mana, kita akan mesanang sebelah tali busur di bahagian bawah busur. Seterusnya, kita akan melangkah satu kaki ke dalam di antara tempat letaknya pemegang (handle) dan tali (string).

Stringing00
Step Through Method

Kemudian, bahagian bawah busur akan disangkutkan di depan buku lali kaki yang di luar busur, dan “handle” di letakkan di belakang kaki.

Stringing03
Limb Di Depan Kaki
Stringing01
Handle di belakang kaki

Kemudian, menggunakan tangan yang di sebelah “Handle”, kita akan menolak “Limb” dengan tangan terbuka sehingga boleh dimasukkan hujung tali atas.

Sesudah itu, kita harus memastikan tali tersebut berada di kedudukan yang sepatutnya. Dan akhir sekali melepaskan “Limb” dengan perlahan. And There You Go, siap ‘dah’ busur anda.

Kesilapan yang biasa dilakukan Pemanah

  1. Meletakkan kaki yang menahan busur di “Limb” busur.
    Ini merupakan penyebab utama kerosakan busur, bila anda tidak menahan busur di “Handle”, tetapi menahan di “Limb”HowToNOTStringYourBow (13)
    Ini akan menyebabkan “pressure” yang tidak “balance” pada kedua-dua “limb” busur, dan boleh menyebabkan “De-lamination” dan kerosakan kecil-kecilan pada busur yang akan memendekkan jangka hayat busur anda.
  2. Menolak “Limb” dengan tangan tertutup.”
    How not to string your bow 1
    Ini juga biasa dilakukan, terutamanya kepada mereka yang menggunakan busur yang lebih berat atau pebih tinggi “Poundage” kerana agak susah untuk menolak limb. Tetapi ini boleh menyebabkan “Twisting” pada “Limb”.
    Ini kerana bila anda menutup tangan, anda mungkin tidak sedar anda sedang memusingkan tangan anda semasa menolak “Limb” busur.
  3. Tidak memastikan tali di tempat yang sepatutnya sebelum melepaskan “Limb”
ArchersStudioHowToNotStringYourBow
Tali berada di luar tempatnya

Ini sesuatu yang agak kerap berlaku, dan jika tidak dibetulkan dengan cepat boleh menyebabkan “twisting” pada busur.  Ini di sebabkan tali tersebut menarik tidak pada tengah busur, dan menyebabkan busur terpusing dan boleh menyebabkan kerosakan yang besar pada busur anda.

4. Memasang busur yang telah berjemur

Busur yang telah di jemur atau terdedah kepada haba untuk waktu yang sekian lama, janganlah di pasang terus. Ini kerana gam yang memegang lapisan2 kayu di busur itu menjadi lemah, dan jika di pasang juga, akan meninggikan risiko untuk “de-lamination”.

Seeloknya, simpan dahulu di tempat yang lebih sejuk, hingga suhu busur itu menurun hampir ke suhu bilik, dan kemudian barulah pasang tali busur anda.

5. Meletakkan siyah dilantai sewaktu memasang tali.

Ini perkara yang jarang dilakukan, tetapi kami pernah melihat orang memsang busur mereka sebegini dan ia merosakkan, atau pon lebih teruk lagi, mematahkan siyah busur anda.

HowToNOTStringYourBow (5)

Sentiasa memberi sedikit jarak antara lantai dan siyah dan anda akan memanjangkan hayat busur anda.

6. Anak panah tidak diletakkan ke tali dengan kemas

Ini perkara yang sangat bahaya kerana boleh menjadi “Dry Fire”. Bila arrow tidak di”nock” dengan kemas, arrow boleh terlepas sewaktu melepaskan tali dan akan sama seperti “dry  fire”.

ArchersStudioImproperlyNockedArrow

Untuk belajar lebih lanjut tentang penjagaan busur
Silalah datang ke Archers Studio,

Hubungi kami di
+0122570809

Picture credit:
i. www.salukibow.com
ii. Archer Studio Malaysia
iii. www.koreanarchery.org

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *