5 Kebaikan Dalam Memanah

479545260

5 Kebaikan Memanah

SIAPA NAK TAHU, APAKAH KEBAIKAN MEMANAH???
APA YANG BEST SANGAT DENGAN MEMANAH NI???
BETUL KE MAMANAH NI ADE BANYAK GILE KEBAIKAN SAMPAI TAK TERTULIS KEBAIKANNYA??
.
.
.
YES, betul, tepat, padat, mantap.
Memanah ni memang mempunyai banyak sangat kebaikan sehingga kami berani jamin yang pasti ramai orang tidak mengetahui selagi individu itu tidak mencubanya dengan sediri.
.
Tahu tak awak semua, memanah ni punya bagus sampai di setiap negara mesti ada memanah sehingga kan sukan memanah ni diangkat darjatnya dan di bawak untuk dipertandingkan di peringkat Olympic (WOW!!). ini menunjukkan bahawa sukan memanah ini merupakan sukan yang ber”Prestige” tinggi.
.
.
.
Memanah ni sukan sahaja la kan???
******************************
Tidak, memanah ni memainkan peranan yang amat besar dalam pembentukan sesebuah tamadun-tamadun yang hebat-hebat belaka. Nak dicerita memang panjang lagi kalau bab ni. Untuk bab ini kita akan ulas di posting yang lain.

Kembali kepada topic “kebaikan memanah”, memang betul ada banyak sangat kebaikan memanah sehinggakan pelbagai kajian-kajian akademik dijalankan untuk mengekstrak kebaikan sukan memanah.
.
.
Apa? banyak sangat?? Takut tak terkejar???
takpa, kami disini akan berkongsi 5 kebaikan memanah yang paling popular berdasarkan kajian daripada world Archery Federation.

no 1

KEBAIKAN MEMANAH NO1 : MEMBINA KEKUATAN FIZIKAL
**************************************

Sukan memanah ini seringkali disalah faham sebagai satu sukan yang ‘malas’ yang mana sukan ini hanya perlu untuk berdiri tegak dan menembak dalam keadaan statik. Ternyata tanggapan tersebut adalah SALAH!

Kenapa salah???
Okey, sukan memanah ini menggunakan banyak anggota badan bahagian atas seperti bahu, tangan, lengan dan sebagainya. Namun, itu adalah format yang biasa digunakan untuk sukan memanah recurve sahaja.

 Macam mana dengan memanah tradisional?
 Macam mana dengan memanah berkuda?
 Macam mana dengan memburu?

Jadi latihan asas sukan memanah ini akan membantu untuk membina kekuatan fizikal secara berperingkat. Sebagai contoh;-

# Pemanah recurve akan ‘hold draw’ max 8 saat dengan kekuatan busur seberat 30# adalah bersamaan dengan angkat berat 30 kilo.

# Pemanah yang melatih form asas dengan menggunakan ‘back muscle’ mempunyai kesan yang sama ketika latihan tekan tubi.

no 2

KEBAIKAN NO 2: MELATIH KETAHANAN MENTAL
****************************************

Setiap sukan memerlukan tahap mental yang tinggi. Sama juga dengan sukan memanah ini, tapi kelebihan pada sukan memanah ini, setiap latihan yang dijalankan akan membantu untuk meningkatkan ketahanan mental.


Lagi tinggi tahap panahan seseorang itu, maka lagi tinggi la tahap ketahanan mental yang perlu ada pada seorang pemanah. Lebih-lebih lagi jika ingin memyertai pertandingan-pertandingan memanah yang kian meningkat jumlahnya di Malaysia ini.

no3

KEBAIKAN MEMANAH NO 3: MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN
******************************************

Dalam sukan memanah, ketepatan merupakan antara salah satu matlamat atau objektif memanah. Untuk mendapatkan ketepatan kepada sasaran, focus atau tumpuan harus diberikan dengan secara konsisten.

Latihan yang berterusan akan membantu meningkatkan lebih banyak daya tumpuan sekali gus akan menjadikan pemanah itu pun turut menjadi focus dalam melakukan kerja-kerja yang lain.
Kalau mempunyai masalah tidak dapat memberi tumpuan dengan baik, memanahlah.

no4

KEBAIKAN MEMANAH NO 4 : MEMBINA KEYAKINAN DIRI
*************************************

Sukan memanah ini mempunyai pelbagai teknik dan kemahiran. Namun, untuk menjadi pemanah yang bagus tidak perlu untuk menguasai semua teknik. Yang penting hanya focus kepada mana-mana teknik yang sesuai dan lakukan latihan yang berterusan sehingga menjadi mahir.

Dengan hanya perlu mahir teknik yang sedikit, akan membantu pemanah untuk merasa yakin dengan panahan nya kerana teknik yang lengkap dan mantap. Dan akibat daripada keyakinan terhadap teknik yang digunakan, akan membantu pemanah meningkatkan tahap keyakinan diri dalam pelbagai aspek lain.

no 5KEBAIKAN MEMANAH NO 5: MEREHATKAN MINDA
********************************

Ha, yang ini menarik.
Sukan memanah merupakan sukan yang unik, kerana dengan melakukan latihan asas memanah sahaja dapat membantu untuk menenangkan minda atau merehatkan minda.

Dengan kata lain, sukan memanah ini boleh dijadikan sebagai satu rawatan alternative untuk merehatkan minda dengan lebih sihat dan selamat.

Jadi, apa di tunggu lagi…
Mulakan perjalanan anda di dalan dunia memanah dengan kami di Archers Studio

Anda boleh daftar diri dan anak-anak untuk menyertai kelas memanah dengan kami

Archery Class

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *